TIPS KESELAMATAN ICT : FACEBOOK,TWITTER & PELBAGAI RANGKAIAN
SOSIAL SERTA LANGKAH BERJAGA-JAGA
Perkhidmatan laman web rangkaian sosial ( cth: facebook, Frienster, Twitter dll )yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna satu-satu perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung antara satu sama lain telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Markmonitor, Frederick Felman, serangan phishing ini merupakan salah satu inovasi terbesar. Perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama penggodam Internet lantaran ia menyimpan banyak maklumat peribadi pengguna yang sangat bernilai. Setiap maklumat peribadi
tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga USD1.
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah,nombor kad kredit, nombor pin, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.
2. Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu dari boleh melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan selain perlu berhati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.
3. Kata laluan untuk mengakses laman web sosial hendaklah berbeza dari akaun emel lain.
4. Jangan sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Pengguna perlu sentiasa berwaspada dengan setiap tampalan keselamatan atau muat turun yang disarankan dengan merujuk kepada mereka yang lebih arif.
5. Pengguna perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial. Jangan mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali melalui web yang kemudiannya telah membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.
No comments:
Post a Comment