KEJOHANAN RAGBI 10'S POLITEKNIK MALAYSIA
Kejohanan yang telah berlangsung pada 17-19 Mei 2013 di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah yang telah mendapat sambutan hangat daripada seluruh negara. Pada kejohanan ini juga, dapat menarik banyak penyertaan dari kategori kelab yang membariskan kelab-kelab ternama tanah air seperti Bandaraya Dragon, NS Wanderes, MVP dan lain-lain.
SBRC juga tidak ketinggalan bersama-sama Mersing Eagle dan Mersing Shark untuk menyertai kejohanan yang diadakan selama 3 hari ini.
Pada hari kedua kejohanan, iaitu hari pertama untuk kategori kelab, SBRC untuk julung kalinya menyertai kejohanan di peringkat berstatus 5 bintang ini telah berjaya menumbangkan Johanian RC dengan kutipan mata 5-0. Bagi perlawanan kedua pula, kita nampak seimbang walaupun kalah 26-0 kepada UiTM Lions yang sudah pastinya kelab bertaraf bintang bersama 2 pemain importnya yang didatangkan dari Fiji untuk melengkapkan jentera UiTM Lions ini.
SBRC diberi kemenangan mudah 14-0 dengan Mas Cougar kerana pasukan tersebut tidak datang ke kejohanan. jadi, SBRC memang 2 dari 3 perlawanan diperingkat kumpulan dan melayakkan diri terus untuk bermain 1/4 menentang OGA. ternyata perlawanan tersebut 50-50 dan OGA menang hanya 22-7 yang dapat melayakkan dirinya ke separuh akhir Bowl dan SBRC hanya bermain untu Shield.
Akhirnya SBRC bertemu dengan RSC untuk separuh akhir Shield dan SBRC tewas 7-0. Ternyata walaupun SBRC telah kalah diperingkat separuh akhir shield tetapi kualiti permainan, team work dan keazaman yang tinggi telah banyak berubah dan terus meningkat.
Bukan rezeki kita kali ini. next time... "We'll see"
Congrats Guys !!